Cari:
EU Harap Kekalkan Hubungan Erat dengan Britain
2017-03-31 12:07:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) berharap Britain dapat terus mengekalkan hubungan erat dengan kesatuan tersebut selepas negara itu "keluar daripada Kesatuan Eropah (EU)" atau Brexit.

Presiden Perancis, Francois Hollande ketika menghubungi Perdana Menteri Britain, Theresa Mary May menerusi telefon pada 30 Mac lalu menyatakan bahawa rundingan Brexit perlu mematuhi prinsip yang bersifat membina bagi membasmi unsur ketidaktentuan, selain menghormati peraturan dan kepentingan rakyat dari 27 buah negara anggota EU.

Hollande berkata, kewajipan dan komitmen yang perlu dipatuhi oleh Britain merupakan perkara utama yang bakal dibincangkan dalam fasa pertama rundingan Brexit.

Selepas itu, rundingan mengenai hubungan Britain dengan EU baru dapat dimulakan pada masa hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China