Cari:
Beijing, Tianjin dan Hebei Kembangkan Perkhidmatan Pos Laju
2017-03-31 15:09:35 CRI Cetak

Jabatan Pos Negara (SPB) China semalam telah mengeluarkan Pelan Pembangunan Perkhidmatan Pos Laju di Beijing, Tianjin dan Hebei bagi tempoh Rancangan Lima Tahun Pembangunan Ekonomi Nasional ke-13.

Menurut pelan itu, inovasi dan pembaharuan perkhidmatan pos laju akan dijalankan di tiga kawasan tersebut yang diharap dapat berkembang menjadi pusat pos laju di bahagian utara China.

Dijangka menjelang tahun 2020, jumlah pendapatan pos laju di Beijing, Tianjin dan Hebei akan mencatat RMB85 bilion (RM55 bilion), dengan purata pertumbuhan setiap tahun terus kekal 25 peratus.

Sehubungan dengan itu, jumlah barangan yang dihantar melalui perkhidmatan pos laju akan mencecah 8 bilion unit, manakala purata pertumbuhan setiap tahun adalah kira-kira 29 peratus.

Selain itu, dalam melaksanakan pelan itu, infrastruktur bagi perkhidmatan pos laju akan terus dibaiki dan rangkaian perkhidmatan tersebut turut diperkembangkan ke seluruh kawasan luar bandar.

Rangkaian perkhidmatan pos laju yang menghubungkan negara Asia, Amerika, Eropah, Afrika dan Oceania serta negara-negara yang terlibat dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) juga sedang giat dibina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China