Cari:
Seminar Ulang Tahun Pelancaran Kerjasama Lancang-Mekong di Kunming
2017-04-01 13:47:19 CRI Cetak

Seminar Ulang Tahun Pelancaran Kerjasama Lancang-Mekong diadakan di Kunming, China semalam.

Dalam seminar anjuran Universiti Yunnan tersebut yang diadakan atas sokongan Sekretariat China Kerjasama Sungai Lancang-Mekong dan kerajaan daerah Yunnan, para peserta menganggap bahawa dalam tempoh setahun yang lalu, banyak kemajuan tercapai dalam kerjasama Lancang-Mekong yang bersama dikendalikan dan digalakkan oleh enam negara di kawasan berkenaan, iaitu China, Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Kerjasama itu perlu terus digalakkan dengan aktif berdasarkan pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R) pada masa akan datang. Dalam pada itu, negara-negara tersebut perlu memberikan perhatian kepada penyelarasan hal ehwal yang melibatkan kepentingan masing-masing, menjalankan kerjasama pragmatik berdasarkan prinsip saksama, rasional, permesyuaratan dan menang-menang. Selain menggalakkan projek kerjasama berkenaan diselesaikan menurut jadual, hendaklah mengambil kira penyempurnaan sistem kerjasama Lancang-Mekong, pertukaran lawatan belia dan pembangunan modal insan di negara-negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China