Cari:
China Rancang Bina Sistem Jalur Lebar Rangkumi Sejagat
2017-04-01 14:08:01 CRI Cetak

Syarikat Sains dan Industri Penerbangan China (CASIC) baru-baru ini mengeluarkan pelan "Projek Hongyun", yang merancang melancarkan 156 buah satelit ke orbit berjarak 1,000 kilometer dari bumi untuk menbentuk jaringan yang operasinya boleh menyediakan perkhidmatan akses jalur lebar yang merangkumi sejagat.

Menurut pelan itu, "Projek Hongyun" akan dijalankan mengikut tiga langkah, iaitu melancarkan satelit teknologi ujian pertama menjelang tahun 2018, kemudian melancarkan empat lagi satelit ujian operasi dan akhirnya, menjelang tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Pembangunan Ekonomi Nasional ke-14, mewujudkan jaringan yang terdiri daripada kesemuanya 156 buah satelit tersebut beroperasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China