Lampu biru dinyalakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Hangzhou dan Teater Besar Hangzhou, timur China malam semalam sempena Hari Kesedaran Autisme Dunia.
Autisme disifatkan sebagai masalah kesihatan awam yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak secara teruk oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap penyakit ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2007 menetapkan 2 April setiap tahun sebagai Hari Kesedaran Autisme Dunia.
Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, terdapat lebih 18.6 ribu buah bangunan di lebih 140 buah negara menyalakan lampu biru pada hari tersebut dan mengadakan aktiviti kebajikan awam berkenaan.