Cari:
Xinjiang Tambah Laluan Penerbangan Antarabangsa
2017-04-03 13:16:46 CRI Cetak

Xinjiang bakal membuka lebih banyak laluan penerbangan antarabangsa ke Eropah, Asia Tengah, Asia Barat, Asia Selatan, Afrika dan Jepun. Langkah ini untuk terus meneroka lebih banyak laluan udara antara Xinjiang dengan bandar yang terlibat dengan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) serta kawasan pendalaman Eropah bagi membina "Laluan Sutera Udara".

Syarikat Kumpulan Penerbangan Selatan China (CSA) telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang baru-baru ini.

Menurut perjanjian itu, CSA akan membuka laluan penerbangan ke Vienna dan Budapest, timur Eropah pada lima tahun akan datang. Di samping itu, laluan ke barat Eropah termasuk London, laluan ke Asia Barat seperti Tel Aviv, Abu Dhabi dan Doha turut akan dibuka.

Sementara itu, laluan penerbangan ke Jepun dan Afrika serta Asia Selatan seperti Karachi dan Lahore juga akan dibuka.

Pada waktu itu, laluan penerbangan antarabangsa dari Xinjiang yang dikendalikan oleh CSA akan meliputi lebih 20 buah negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China