Cari:
234 Maut Banjir Lumpur di Colombia
2017-04-03 10:54:06 CRI Cetak

Palang Merah Colombia mengesahkan bahawa sebanyak 234 orang maut dan 220 lagi cedera dalam tregedi banjir lumpur yang melanda bandar Mocoa, ibu kota provinsi Putumayo, selatan negara itu pada awal pagi 1 April lalu.

Hujan lebat yang tidak berhenti selama beberapa hari menyebabkan beberapa air sungai di provinsi Putumayo melimpah. Banjir lumpur melanda beberapa kawasan di Mocoa, dan memusnahkan sejumlah besar rumah dan jambatan. Beberapa kawasan di provinsi Putumayo juga mengalami gangguan bekalan air dan elektrik.

Presiden Colombia, Juan Manuel Santos ketika meninjau kawasan bencana menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan rawatan kepada mangsa cedera dan memberikan pampasan sebanyak USD6,377 kepada anggota keluarga mangsa korban. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Colombia telah menghantar 5,000 liter air minum dan bahan rawatan ke kawasan bencana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China