Cari:
Identiti Suspek Serangan di Rusia Dikenal Pasti
2017-04-05 14:12:39 CRI Cetak

Jurucakap Jawatankuasa Siasatan Rusia, Svetlana Petrenko semalam memberitahu media bahawa identiti suspek yang melaksanakan serangan keganasan di kereta api bawah tanah St. Petersburg telah dikenal pasti. Penyerang itu ialah Akbarzhon Jalilov yang dilahirkan pada tahun 1995.

Berdasarkan kenyataan Svetlana Petrenko, siasatan bersama yang dijalankan oleh Jawatankuasa Siasatan, Jabatan Keselamatan, dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri terhadap lokasi kejadian mendapati, bahan letupan dalam kereta api itu diletupkan oleh Akbarzhon Jalilov. Sebelum itu, suspek itu juga meletakkan bom di stesen Dataran Pemberontakan. Bagaimanapun, bom tersebut tidak meletup.

Walau bagaimanapun, kewarganegaraan Jalilov tidak didedahkan oleh jurucakap itu.

Berdasarkan laporan Agensi Berita ITAR-TASS, Jawatankuasa Keselamatan Negara Kirgyzstan mendedahkan bahawa letupan tersebut mungkin dilakukan oleh warga Rusia berketurunan Kirgyzstan.

Kementerian Kesihatan Rusia semalam juga memaklumkan bahawa mangsa korban dalam serangan keganasan tersebut telah mencatat 14 orang, manakala kira-kira 50 mangsa cedera masih menjalani rawatan di hospital.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China