Presiden China, Xi Jinping tiba di Helsinki, Finland semalam untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.
Ketibaan Xi Jinping bersama dengan isterinya, Peng Liyuan telah disambut oleh Kimmo Tiilikainen, Menteri Pertanian dan Alam Sekitar sebagai wakil kerajaan Finland di lapangan terbang dalam suasana yang meriah.
Dalam ucapan bertulis yang disampaikan di lapangan terbang, Presiden Xi terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan menyampaikan harapan yang baik kepada kerajaan dan rakyat Finland sempena ulang tahun ke-100 kemerdekaan Finland.
Presiden Xi turut menyatakan bahawa beliau menanti-nantikan pertemuan dengan pemimpin Finland untuk bertukar-tukar pendapat tentang hubungan dua hala dan isu yang menjadi tumpuan yang sama serta merancang perkembangan hubungan bilateral.