Cari:
Rundingan Tetap Diplomatik China-Jepun
2017-04-05 13:39:45 CRI Cetak

Rundingan tetap diplomatik China-Jepun diadakan di Tokyo semalam. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala dan isu yang menjadi perhatian bersama.

Penolong Menteri Luar China, Kong Xuanyou dan Timbalan Naib Menteri Luar Jepun, Takeo Akiba telah menyertai rundingan tersebut.

Kong Xuanyou berkata, sempena ulang tahun ke-45 pemulihan semula hubungan diplomatik China-Jepun, kedua-dua negara ini perlu melaksanakan persepakatan penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, memelihara asas politik hubungan China-Jepun, dan menggalakan hubungan ini berkembang ke arah yang betul. China berharap agar Jepun mengota janjinya dalam isu sensitif dan memberikan sumbangan untuk membaiki hubungan dengan China.

Takeo Akiba pula berkata, pihaknya mementingkan hubungan dengan China. Kedua-dua negara harus mengambil peluang sempena ulang tahun ke-45 pemulihan hubungan diplomatik Jepun-China pada tahun ini dan ulang tahun ke-40 perjanjian keamanan dan persahabatan Jepun-China pada tahun depan, mengawal perselisihan, meningkatkan dialog dan interaksi, memperbaiki semula hubungan Jepun-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China