Cari:
Jerman Banteras Kandungan Haram dalam Media Sosial
2017-04-06 13:12:43 CRI Cetak

Kabinet Jerman semalam telah meluluskan sebuah draf undang-undang untuk membasmi kandungan yang haram dalam media sosial seperti kenyataan yang membangkitkan rasa dendam dan menghasut.

Menurut draf tersebut, syarikat media sosial berkenaan mesti menghapuskan kandungan haram dalam tempoh yang ditetapkan, sekiranya tidak, syarikat terbabit akan didenda maksimum 50 juta euro, manakala ketua syarikat itu akan didenda maksimum 5 juta euro.

Di samping itu, syarikat media sosial di wilayah Jerman mesti melaksanakan mekanisme pelaporan. Syarikat mesti menghapuskan kandungan haram dalam tempoh 24 jam setelah menerima laporan.

Maklumat yang palsu, kenyataan yang menghina, memfitnah, dan mengugut, jenayah keganasan, dan kandungan lucah yang membabitkan orang bawah umur, juga antara kandungan yang perlu dihapuskan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China