Cari:
Parlimen Eropah Tetapkan "Garis Merah" Bagi Brexit
2017-04-06 13:33:49 CRI Cetak

Parlimen Eropah semalam telah meluluskan satu resolusi, menetapkan "garis merah" tentang rundingan Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit.

Resolusi itu diluluskan dengan 516 undi menyokong, 133 undi menentang dan 50 undi berkecuali.

Menurut resolusi tersebut, Britain akan dianggap melanggar undang-undang EU sekiranya negara itu mengadakan rundingan mengenai perjanjian perdagangan dengan negara ketiga sebelum keluar dari EU; Britain juga tidak dibenarkan mengadakan rundingan dua hala tentang prosedur Brexit atau isu yang melibatkan hubungan kedua-dua negara pada masa depan dengan negara anggota EU yang lain.

Selain itu, Britain masih menikmati hak sebagai anggota EU, di samping perlu memikul tanggungjawabnya termasuk komitmen kewangan.

Resolusi tersebut menegaskan kepentingan warga negara perlu diutamakan. Warganegara EU yang tinggal di wilayah Britain dan warganegara Britain yang tinggal di negara EU mesti diberi layanan yang saksama dan adil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China