China menyokong usaha jabatan perundangan China dan Finland menyempurnakan mekanisme kerjasama yang sedia ada untuk mengukuhkan asas masyarakat dan pendapat umum bagi hubungan bilateral. China berharap Finland terus menyertai dan menggalakkan kerjasama antara China dan Eropah Utara.
Presiden China, Xi Jinping yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Finland menyatakan demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Speaker Parlimen Finland, Maria Lohela di Helsinki pada 5 Mac lalu.
Xi Jinping memuji usaha Maria Lohela untuk meningkatkan pertukaran antara jabatan perundangan kedua-dua negara, selain menegaskan bahawa kerjasama jabatan perundangan China-Finland memainkan peranan penting bagi merapatkan hubungan dua hala dalam jangka masa yang panjang.
Maria Lohela berkata, Parlimen Finland mengambil berat dan mengalu-alukan lawatan rasmi Presiden Xi ke Finland kali ini. Parlimen Finland bersedia mengintensifkan pertukaran dengan jabatan perundangan China, terutamanya menggalakkan pertukaran ahli parlimen belia antara kedua-dua negara.