Cari:
China dan Finland Galakkan Kerjasama Pragmatik
2017-04-06 11:28:07 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Perdana Menteri Finland, Juha Sipilä di Helsinki semalam.

Xi Jinping dalam pertemuan itu menegaskan bahawa China bersedia berganding bahu dengan Finland untuk menggalakkan kerjasama pragmatik dalam bidang utama termasuk inovasi sains dan teknologi, penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar, urusan Kutub Utara serta pelancongan dan sukan.

Xi Jinping menyatakan bahawa pemulihan ekonomi dunia perlahan, namun ekonomi China memelihara trend perkembangan yang baik. China sedang menjalankan pembaharuan struktur pembekal sampingan. China berkeyakinan dan berkemampuan untuk mengekalkan perkembangan ekonomi yang sihat dan terusan, sekali gus menyediakan lebih banyak peluang dan membawa lebih banyak faedah kepada pelbagai negara termasuk Finland.

Selain itu, Xi Jinping menyatakan bahawa Finland adalah negara pengerusi bergilir Majlis Nordic pada tahun ini. China bersedia bersama dengan Finland menggalakkan perkembangan kerjasama China-Majlis Nordic untuk mencapai lebih banyak hasil.

Juha Sipilä pula menyatakan bahawa Finland bersedia meneroka peluang kerjasama dengan China dalam bidang pelaburan, teknologi perlindungan alam sekitar dan pembersihan, pelancongan, sukan musim sejuk, pendidikan dan urusan Kutub Utara serta kerjasama dalam inisiatif pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R). Selain itu, Finland bersedia menggalakkan kerjasama antara negara Eropah Utara dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China