Cari:
China dan Finland Bina Hubungan Perkongsian Baharu
2017-04-06 11:59:06 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Finland, Sauli Väinämö Niinistö mengadakan rundingan di Helsinki semalam.

Kedua-dua pemimpin amat menghargai kemajuan yang dicapai dalam perkembangan hubungan kedua-dua negara sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 67 tahun yang lalu. Kedua-dua pemimpin itu mengumumkan membina hubungan perkongsian baharu China-Finland, dan komited untuk meningkatkan kepercayaan strategik, mengintensifkan kerjasama pragmatik untuk memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak juga menegaskan menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah antara satu sama lain, mengekalkan prinsip saling menghormati dan sama rata, mempertimbangkan kepentingan utama dan keprihatinan pihak yang lain. Finland menegaskan lagi mengekalkan dasar satu China. Kedua-dua pihak menyatakan kesediaan menaruh perhatian kepada kepentingan pihak yang lain dalam menjalankan kerjasama.

Selepas pertemuan itu berakhir, kedua-dua pemimpin telah menyaksikan pemeteraian dokumen kerjasama yang melibatkan bidang inovasi, kehakiman dan kerjasama mengenai penyelidikan panda.

Kedua-dua negara mengeluarkan Perisytiharan Bersama tentang Republik Rakyat China dan Republik Finland Membina dan Menggalakkan Pembinaan Hubungan Perkongsian Baharu Masa Depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China