Cari:
Kumpulan Tindak Pantas Kereta Api Bawah Tanah di Rusia
2017-04-06 13:53:00 CRI Cetak

Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev menandatangani perintah untuk menubuhkan kumpulan tindak pantas untuk menjamin keselamatan kemudahan kereta api bawah tanah.

Beberapa kumpula tindak pantas akan menjalankan rondaan sepanjang hari untuk mengelakkan berlakunya "gangguan haram" terhadap operasi kereta api bawah tanah.

Beliau mahu pihak-pihak berkuasa berkenaan membuat penilaian terhadap kemudahan kereta api bawah tanah dan menetapkan langkah penjagaan yang konkrit dalam tempoh tiga bulan yang akan datang.

Identiti suspek yang melaksanakan serangan keganasan di kereta api bawah tanah St. Petersburg telah dikenal pasti. Penyerang itu ialah Akbarzhon Jalilov yang dilahirkan di Kyrgyzstan dan memperoleh kewarganegaraan Rusia pada tahun 2011.

Insiden letupan bom yang mengakibatkan 14 orang maut dan hampir 50 lagi cedera itu disifatkan sebagai serangan ganas oleh Jabatan Peguam Negara Rusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China