Cari:
Iran, Arab Saudi Bincang Perkhidmatan untuk Jemaah Haji
2017-04-07 11:42:35 CRI Cetak

Pengerusi Pertubuhan Ibadat Haji Iran, Hamid Mohammadi bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Ibadat Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammed Saleh di Arab Saudi baru-baru ini untuk membincangkan butiran tentang perkhidmatan kepada jemaah Haji Iran tahun ini.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai e-visa, pengangkutan, tawaran makanan dan ubat-ubatan dan lain-lain. Pihak Iran menegaskan peri pentingnya jaminan keselamatan dan menggesa pihak Arab Saudi supaya mempercepat siasatan terhadap kes rempuhan di Mekah pada tahun 2015 serta memberikan pampasan kepada keluarga mangsa korban.

Kerajaan Iran baru-baru ini menegaskan bahawa jaminan keselamatan kepada jemaah haji, memberikan pampasan kepada mangsa korban dalam kejadian tersebut dan memelihara kehormatan jemaah haji Iran adalah prasyarat Iran menghantar jemaah haji tahun ini.

Dijangka seramai 86 ribu orang jemaah hari Iran akan menunaikan ibadat haji di Arab Saudi tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China