Presiden China Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan menghadiri majlis makan malam yang diadakan oleh rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan isterinya Melania Trump di Mar-a-Lago, Florida malam 6 April waktu tempatan.
Xi menyatakan bahawa beliau telah mencapai persepakatan penting dengan Presiden Trump mengenai perkembangan hubungan China-AS.
Trump juga menyatakan pertemuan kali pertama dengan Presiden China amat berhasil dan persabahatan dijalinkan antara kedua-dua pemimpin itu. Beliau berharap terus mengadakan pertukaran yang mendalam mengenai pelbagai tumpuan bersama dengan Presiden Xi pada esok.