Cari:
Kerajaan Syria Setuju Siasatan terhadap Kes Senjata Kimia
2017-04-07 14:02:36 CRI Cetak

Syria menyokong masyarakat antarabangsa menubuhkan jawatankuasa siasatan atas kejadian senjata kimia di provinsi Idlib, barat laut negara itu.

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Syria, Walid Muallem dalam sidang akhbar semalam di Damsyik berkata, tentera kerajaan Syria melakukan serangan udara di selatan provinsi Idlib pada 4 April lalu. Sebuah gudang senjata kimia kumpulan bersenjata antikerajaan telah diserang dalam pengeboman tersebut. Beliau turut menolak dakwaan yang menyebut tentera Syria menggunakan gas toksik dalam serangan udara.

Pada hari yang sama, Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika menghubungi Perdana Menteri Israel, Netanyahu melalui telefon menyatakan bahawa sebarang dakwaan yang tidak berasas tidak boleh diterima sebelum keputusan siasatan diumumkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China