Cari:
AS Lancarkan Operasi Ketenteraan terhadap Syria
2017-04-07 16:07:29 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengarahkan operasi ketenteraan dilancarkan terhadap sebuah lapangan terbang di wilayah Syria, sebagai tindakan balas terhadap kerajaan Syria yang menggunakan senjata kimia terhadap rakyat jelata yang tidak berdosa.

Trump berkata, Syria tidak mempedulikan amaran Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan terus menggunakan senjata kimia, fakta ini tidak boleh dinafikan.

Jelas beliau, AS melakukan operasi ketenteraan terhadap Syria kerana mencegah dan menghalang peluasan senjata kimia selaras kepentingan keselamatan negara AS.

Jabatan Pertahanan AS semalam mengeluarkan kenyataan bahawa dua kapal tentera AS di timur Laut Mediterranean telah melancarkan 59 biji peluru berpandu BGM-109 Tomahawk terhadap lapangan terbang ketenteraan Shayrat di provinsi Homs, tengah Syria pada pukul 8.40 waktu timur AS pada 6 April lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China