Cari:
Xi Jinping Ditemui Donald Trump
2017-04-07 17:18:20 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Mar-a-Lago, Florida pada 6 April lalu waktu tempatan.

Kedua-dua pemimpin telah menyanjung tinggi kemajuan hubungan China-AS, dan bersetuju untuk mendorong hubungan ini mencapai kemajuan yang lebih besar sehingga membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara bahkah dunia.

Xi Jinping menegaskan bahawa hubungan baik China-AS bukan sahaja bermanfaat bagi negara dan rakyat kedua-dua negara ini, malah turut memberikan manfaat kepada seluruh dunia. Sejak hubungan China-AS kembali ke landasan yang normal pada 45 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara telah mencapai kemajuan bersejarah yang membawa faedah pragmatik besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau mengatakan kerjasama merupakan satu-satunya pilihan yang betul bagi China dan AS.

"Saya mengalu-alukan Presiden Trump mengadakan lawatan negara ke China pada tahun ini." kata Xi.

Selain itu, Xi menegaskan, China dan AS perlu menggunakan empat mekanisme kerjasama dialog peringkat tinggi termasuk dialog keselamatan diplomatik, dialog ekonomi komprehensif, dialog penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan siber, serta dialog sosial dan kemanusiaan yang sedia ada. Kedua-dua pihak juga perlu terus mendorong rundingan perjanjian pelaburan, mendorong pembangunan perdagangan dan pelaburan dua hala yang sihat, membincangkan kerjasama dalam bidang pembinaan infratruktur dan sumber tenaga.

Trump pula berkata, AS dan China sebagai dua negara besar yang bertanggungjawab perlu mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu yang penting.

"Saya menanti-nantikan pertemuan ini. Saya berharap dapat menjalinkan hubungan kerja yang baik dengan Presiden Xi supaya kita bersama-sama mendorong hubungan AS-China mencapai kemajuan yang lebih besar." kata Trump.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China