Suruhanjaya Penyiasatan Persekutuan Rusia semalam menyatakan 8 suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian letupan bom di kereta api bawah tanah di St. Petersburg telah ditahan, antaranya 6 orang ditangkap di St. Petersburg manakala 2 lagi ditangkap di Moscow.
Dalam pada itu, kira-kira 30 ribu penduduk tempatan mengadakan aktiviti memperingati mangsa korban dalam letupan bom di stesen Institut Teknologi malam semalam.
Aktiviti peringatan yang besar-besaran turut diadakan di Dataran Merah, Moscow.