Cari:
Daya Saing Pelancongan China Duduk Tangga ke-15
2017-04-07 12:49:02 CRI Cetak

Menurut Laporan Daya Saing Pelancongan 2017 yang diumumkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) semalam, daya saing sektor pelancongan China meningkat kepada tangga ke-15 di dunia.

Laporan yang dibuat dua tahun sekali itu telah membuat penilaian terhadap 136 entiti ekonomi dari segi persekitaran pelancongan, dasar, kemudahan asas, sumber alam dan lain-lain.

China menduduki tempat pertama dalam bidang sumber kebudayaan, dan tempat kelima dalam bidang sumber alam.

Menurut laporan itu, tahap pintu terbuka, komunikasi, taraf kemudahan asas dan perkhidmatan kepada pelancong di China telah banyak meningkat.

Jumlah pelancong asing ke China mencatat 57 juta orang pada tahun 2016, angka ini mewakili 20% daripada jumlah keseluruhan di Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China