Cari:
4 Maut dalam Trak Langgar Orang Ramai di Storkholm
2017-04-08 14:47:43 CRI Cetak

Sebanyak empat orang maut dan 15 lagi cedera dalam kejadian trak melanggar orang ramai di Stokholm, Sweden semalam.

Menurut pihak polis tempatan bahawa seorang suspek mencuri trak berkenaan dan melanggar orang ramai di Jalan Ratu di pusat bandar sebelum melanggar sebuah bangunan pusat beli-belah.

Setakat ini sekurang-kurangnya 4 maut dan 15 lagi cedera, antaranya 9 cedera parah.

Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya berada di rumah dan jangan ke pusat bandar.

Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven menyifatkan kejadian itu sebagai serangan ganas. Bagaimanapun, jabatan keselamatan negara itu belum memberi komen terhadap kes tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam mengeluarkan kenyataan mengutuk keras serangan tersebut melalui jurucakapnya. Negara-negara anggota Majlis Keselamatan PBB turut mengecam serangan tersebut dalam mesyuarat yang diadakan semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China