Cari:
6 Terbunuh Dalam Tindakan Ketenteraan AS di Syria
2017-04-08 14:14:35 CRI Cetak

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan bahawa dua kapal tenteranya di timur Laut Mediterranean telah melancarkan 59 peluru berpandu Tomahawk terhadap lapangan terbang ketenteraan Shayrat di provinsi Homs, tengah Syria pada pukul 8.40 malam semalam waktu timur AS.

Operasi ketenteraan AS ini merupakan tindakan balas terhadap kerajaan Syria yang menggunakan senjata kimia terhadap rakyat jelata yang tidak berdosa.

Presiden AS, Donald Trump berkata, AS melakukan operasi ketenteraan terhadap Syria kerana mencegah dan menghalang peluasan senjata kimia selaras kepentingan keselamatan negara AS.

Pihak tentera Syria semalam mengeluarkan kenyataan yang menyebut, AS melakukan serangan ketenteraan kepada pihaknya sebelum menjalankan penyiasatan untuk mengenal pasti kebenaran kejadian senjata kimia. Ini telah memberikan isyarat yang salah kepada "kumpulan keganasan" di wilayah Syria. AS telah menjadi subahat dengan mereka.

Selain itu, TV Negara Syria menggambarkan tindakan ketenteraan AS ini sebagai "pencerobohan". Sekurang-kurangnya 6 orang terbunuh dalam serangan tersebut.

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov semalam berkata, Presiden Vladimir Putin berpendapat operasi ketenteraan AS di Syria ialah pencerobohan terhadap sebuah negara berdaulat dengan alasan yang direka oleh AS sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China