Cari:
Pertemuan Rasmi Kedua Pemimpin China-AS
2017-04-08 14:08:06 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan rasmi kali kedua dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Mar-a-Lago, Florida pada 7 April lalu waktu tempatan.

Pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pandangan tentang kerjasama pragmatik China-AS dalam beberapa bidang utama dan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama. Mereka menganggap pertemuan ini amat berhasil dan komited untuk berusaha bersama-sama untuk memperluas kerjasma yang saling menguntungkan dan mengawal pertikaian berdasarkan prinsip saling menghormati.

Xi berkata, pertemuan ini amat signifikan bagi perkembangan hubungan dua hala. Kedua-dua negara ini perlu memperkukuh hubungan yang terjalin, dan mempergiat kerjasama persahabatan, menggalakkan perkembangan hubungan China-AS supaya memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara serta memberikan sumbangan demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Xi menegaskan bahawa China dan AS ialah rakan dagang terbesar antara satu sama lain. Ekonomi China akan mengekalkan trend pembangunan yang baik. Masa depan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-AS amat cerah. China mengalu-alukan AS mengambil bahagian dalam kerjasama dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Xi menyatakan bahawa hubungan ketenteraan antara komponen penting dalam hubungan China-AS. Rasa saling mempercayaai dalam keselamatan ketenteraan merupakan asas kesalingpercayaan strategik kedua-dua negara ini. China dan AS perlu terus berusaha demi mengintensifkan rasa saling mempercayai dan kerjasama antara tentera kedua-dua negara.

Trump dalam pertemuan itu pula berkata, pertemuan ini membuah hasil yang memuaskan dan menggalakkan perkembangan hubungan dua hala. Pihaknya bersedia untuk mempergiat kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, tentera dan sosiobudaya, serta memberikan sokongan kepada China dalam usaha memburu penjanayah yang lari dan mendapat balik wang rasuah. AS akan bekerjasama dengan China untuk menghapuskan unsur dan perkara yang memberikan kesan negatif terhadap hubungan dua hala supaya mewujudkan perkembangan hubungan AS-China yang lebih cemerlang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China