Cari:
Konvoi Kapal Induk USS Carl Vinson Menuju ke Semenanjung Korea
2017-04-09 14:46:42 CRI Cetak

Armada Ketiga Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan bahawa konvoi kapal induk Carl Vinson telah berlepas dari Singapura semalam. Destinasinya berubah dari Australia kepada kawasan perairan sekitar Semenanjung Korea. Ini arahan Panglima Komando Pasifik AS (USPACOM), Harry Harris.

Konvoi kapal induk Carl Vinson yang berpangkalan di San Diego, California melaksanakan misi di Pasifik Barat sejak awal Januari lalu dan telah menyertai latihan ketenteraan bersama dengan Jepun dan Republik Korea.

CNN memetik kenyataan pegawai tentera AS yang menyatakan bahawa penempatan konvoi kapal induk Carl Vinson kali ini sebagai reaksi terhadap provokasi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) baru-baru ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China