Cari:
China Kecam Kejadian Serangan Ganas di Stockholm
2017-04-09 13:54:25 CRI Cetak

China mengutuk keras serangan ganas yang berlaku di Stockholm, Sweden pada 7 April lalu di samping menyampaikan takziah kepada mangsa korban dan rasa simpati kepada mangsa cedera dalam kejadian itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri Li Keqiang dan Menteri Luar Wang Yi telah masing-masing mengutus kawat menyampaikan rasa dukacita kepada rakan-rakan sejawat mereka dari Sweden. China bersedia berusaha bersama-sama dengan Sweden untuk melindungi kestabilan dan keselamatan kedua-dua negara dan dunia.

Menurut beliau, Kedutaan Besar China di Sweden telah menggerakkan sistem tindak balas kecemasan sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku. Tiada laporan tentang warga China menjadi mangsa dalam serangan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China