Cari:
Pertemuan Pemimpin China-AS Berhasil
2017-04-09 14:11:13 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan pemimpin dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Mar-a-Lago, Florida pada 6 dan 7 April lalu. Pemimpin kedua-dua negara ini bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala dan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama hingga mencapai beberapa kosensus penting.

Beberapa sarjana berpendapat bahawa pertemuan ini membantu untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara pemimpin kedua-dua negara ini, dan menetapkan hala tuju perkembangan hubungan dua hala.

Bekas Naib Setiausaha Negara AS, Robert Hormats menyatakan bahawa pemimpin kedua-dua negara ini berkomunikasi secara langsung tentang hubungan dua hala dan isu serantau dan antarabangsa meletakkan asas yang baik bagi perkembangan hubungan AS-China pada era yang baharu. Di samping itu, kedua-dua pemimpin telah menjalinkan hubungan peribadi yang baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China