Cari:
Media Antarabangsa Sanjung Tinggi Pertemuan Pemimpin China-AS
2017-04-10 15:50:41 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di resort Mar-a-Lago, Florida pada 6 hingga 7 April lalu. Ini merupakan pertemuan pertama antara pemimpin kedua-dua negara selepas kerajaan baharu AS mula berkhidmat.

Media antarabangsa berpendapat bahawa pertemuan tersebut telah menunjukkan hala tuju hubungan China-AS dan bakal memberi faedah kepada rakyat kedua-dua negara, malah seluruh dunia.

Ketua Editor media Arab, Egypt.com berkata, pertemuan antara pemimpin China dan AS itu mengeluarkan isyarat yang jelas kepada dunia bahawa pembangunan ekonomi kedua-dua negara pasti akan saling menguntungkan.

Pakar isu antarabangsa dari Institut Pentadbiran Pembangunan Kebangsaan (NIDA) Thailand pula berpendapat bahawa pembentukan empat mekanisme dialog dan kerjasama peringkat tinggi, iaitu dialog keselamatan diplomatik, dialog ekonomi komprehensif, dialog penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan siber serta dialog sosiobudaya amat signifikan bagi China dan AS, malah seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China