Cari:
Kerja Angkat Feri Sewol Selesai
2017-04-10 15:54:04 CRI Cetak

Feri Sewol yang karam di Korea Selatan berjaya dibawa balik ke pelabuhan Mokpo di Jeollanam-do semalam, yang menandakan kerja-kerja mengangkat naik bangkai feri itu dari laut telah selesai.

Jiang Yan, pengurus operasi menyelamat feri Sewol dari Biro Salvaj Shanghai, China berkata, membawa bangkai feri ke darat merupakan fasa terakhir operasi berkenaan. Selepas itu, Biro Salvaj Shanghai akan terus berkoordinasi dengan pihak Korea Selatan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian bagi memastikan mayat semua mangsa ditemukan. Proses itu dijangka akan berlangsung selama kira-kira satu bulan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China