Cari:
Usaha Kebajikan Wanita dan Kanak-kanak Berkembang Baik
2017-04-10 11:58:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tabung Kanak-kanak dan Remaja China (CCTF) dan Tabung Pembangunan Wanita China (CWDF) telah menerima sumbangan masyarakat yang bernilai RMB2.2 bilion (RM1.41 bilion) dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Sumbangan dalam bentuk kewangan dan juga barangan itu telah disediakan untuk membantu lebih 27 juta orang wanita dan kanak-kanak di negara ini.

Ketua Setiausaha CCTF, Zhu Xisheng dalam Majlis Anugerah Kebajikan Wanita dan Kanak-kanak yang diadakan di Beijing baru-baru ini berkata bahawa pihaknya menjalankan kerjasama yang rapat dengan pelbagai pihak dalam usaha membantu kanak-kanak yang berasal dari keluarga miskin.

Kata beliau, pelbagai program kebajikan yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lalu telah memberikan bantuan kepada 7.5 juta orang kanak-kanak, iaitu lebih 18% daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak miskin di negara ini.

Program-program kebajikan itu memberikan fokus kepada usaha meningkatkan mutu pendidikan, membaiki kesihatan serta menambah ilmu keselamatan kanak-kanak, selain memperbaiki kehidupan kanak-kanak di kawasan desa yang ibu bapa mereka bekerja di bandar.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China