Cari:
Keluaran Minyak dan Gas di Tarim, Xinjiang Meningkat
2017-04-10 14:57:28 CRI Cetak

Medan minyak Tarim di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang merupakan sumber gas yang penting untuk projek penghantaran gas asli dari barat ke timur China. Pembangunan pesat kawasan medan minyak dan gas itu turut mendorong pelaksanaan beberapa projek sumber tenaga yang penting termasuk projek penghantaran gas dari barat ke timur dan projek gas asli di selatan Xinjiang.

Jumlah keluaran gas asli di Tarim naik daripada 1.35 bilion meter padu pada 2004 kepada 23.56 bilion meter padu pada 2016, iaitu meningkat secara purata 1.8 bilion meter batu setahun.

Petugas dari syarikat medan minyak Tarim baru-baru ini memaklumkan, gas asli dari Lembangan Tarim memainkan peranan yang semakin penting untuk membaiki kehidupan penduduk di selatan Xinjiang dan menjana pertumbuhan ekonomi tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China