Pemain catur Go China yang paling cemerlang, Ke Jie akan berlawan dengan program kecerdasan buatan (AI), AlphaGo dalam pertandingan yang bakal diadakan di bandar Wuzhen, provinsi Zhejiang pada 23 hingga 27 Mei nanti. Pemenang akan memperoleh ganjaran sebanyak USD1.5 juta.
Dalam "perlawanan manusia-mesin" di Korea Selatan tahun lalu, AlphaGo yang dihasilkan oleh Google's DeepMind telah mengalahkan pemain terkenal dari Korea Selatan, Lee Sedol dengan 4:1. Bagaimanapun, ramai tokoh berpendapat, pemain China, Ke Jie yang berumur 19 tahun lebih berkelebihan kerana beliau dapat mewakili taraf tertinggi manusia dalam memainkan catur klasik ini.