Bandar Tianjin dijangka menarik kedatangan 206 juta pelancong pada tahun ini, meningkat 8% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, sekali gus menjana pendapatan sebanyak RMB344 bilion (RM217.51 bilion), meningkat 10%.
Dimaklumkan dari Mesyuarat Kerja Pelancongan Tianjin baru-baru ini, Tianjin akan menggalakkan pelaksanaan Pelan Tindakan Pembangunan Terselaras Pelancongan Beijing-Tianjin-Hebei (2016-2018), di samping mempercepat pembinaan zon pelancongan dan pusat peranginan.
Selain itu, usaha akan dilipatgandakan untuk menjadikan Tianjin sebagai bandar pelancongan yang berprestij.