Cari:
Pertemuan Pemimpin China-AS Berhasil
2017-04-11 16:03:18 CRI Cetak

Pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di resort Mar-a-Lago, Florida pada minggu lepas, menjadi tumpuan pakar dan sarjana asing.

Dalam pertemuan itu, pemimpin kedua-dua negara telah bertukar-tukar pendapat tentang hubungan dua hala dan isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Pakar dan sarjana asing menyifatkan pertemuan tersebut amat berhasil, di samping memberi fokus kepada tiga kata kunci iaitu "komunikasi", "kerjasama" dan "menangani perselisihan".

Presiden Institut Hal Ehwal Strategik Perancis berpendapat bahawa pertemuan antara pemimpin China dan AS itu amat bermakna. Walaupun masih wujud perselisihan antara kedua-dua negara dalam beberapa isu, namun kedua-dua pemimpin telah menjalinkan hubungan peribadi yang baik.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Armanatha Nasir pula menyatakan kerjasama yang dijalinkan antara China dengan AS telah membuahkan hasil menggalakkan, yang bukan sahaja bermanfaat bagi kedua-dua negara, malah seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China