Cari:
3 Terbunuh Kejadian Tembakan di Sekolah AS
2017-04-11 14:31:54 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 3 orang terbunuh, termasuk seorang murid berusia 8 tahun, dalam kejadian tembakan yang berlaku di sebuah sekolah rendah di San Bernardino, negeri California AS pagi semalam.

Jurucakap polis tempatan dalam sidang media berkata, kejadian itu berlaku apabila seorang penyerang lelaki melepaskan tembakan dalam bilik darjah di Sekolah North Park kemudian membunuh diri.

Seorang guru wanita mati di tempat kejadian manakala pelajar lelaki berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Pegawai sekolah berkata, serangan dipercayai berpunca daripada perbalahan domestik dan guru berkenaan mengenali penyerang terbabit.

Dilaporkan, kira-kira 600 pelajar dibawa berlindung di kampus San Bernardino Universiti California, beberapa kilometer dari lokasi kejadian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China