Cari:
Menteri Luar G7, Wakil Lima Negara Asia Barat Bincang Isu Syria
2017-04-12 16:52:35 CRI Cetak

Menteri-menteri luar negara Kumpulan Tujuh (G7) dan wakil diplomatik Turki, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Jordan dan Qatar mengadakan mesyuarat tertutup di Lucca, Itali semalam untuk membincangkan usaha menyelesaikan isu Syria secara damai.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, Menteri Luar Itali, Angelino Alfano berkata perbincangan tersebut amat berkesan, di samping menegaskan semula bahawa saluran politik merupakan pendekatan tunggal untuk menyelesaikan krisis Syria secara damai.

Tambah beliau, Rusia tidak seharusnya dipencilkan, sebaliknya patut menyertai seboleh mungkin proses peralihan politik di Syria. Para peserta amat bersetuju dengan pandangan tersebut.

Selain itu, Alfano juga menyatakan, beliau telah mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berhubung krisis Syria termasuk isu senjata kimia. Beliau menzahirkan harapan agar Iran terus menggunakan pengaruhnya untuk mengelakkan penduduk awam Syria terdedah kepada serangan, dan membasmi senjata kimia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China