Pesta Filem Antarabangsa Hong Kong (HKIFF) Ke-41 dirasmikan di Pusat Kebudayaan Hong Kong semalam.
Pengerusi Persatuan Pesta Filem Antarabangsa Hong Kong, Dr. Wilfred Wong menyatakan bahawa pesta yang telah diadakan sebanyak 41 kali itu menghidangkan karya-karya filem yang unggul dari seluruh dunia kepada para penonton, sekali gus menjadi karnival kebudayaan berprestij di peringkat antarabangsa.
Sempena pesta ini, pameran filem Hong Kong akan turut diadakan di Amerika Utara, Eropah dan 10 bandar Asia untuk memaparkan pencapaian industri perfileman Hong Kong.