Datuk bandar dari ibu kota empat provinsi di kawasan perairan tengah Sungai Yangtze, iaitu Wuhan, Nanchang, Changsha dan Hefei, menandatangani pelan tindakan kerjasama bagi tempoh 2017 hingga 2020 yang menyasarkan untuk membina kelompok bandar yang berprestij di peringkat antarabangsa .
Dimaklumkan, empat bandar berkenaan akan mengadakan koordinasi dalam membina jaringan lebuh raya dan landasan kereta api supaya masa perjalanan antara keempat-empat bandar itu tidak melebihi 90 minit.
Pelan tindakan itu juga menyasarkan penubuhan pusat logistik di negara-negara Asia Tenggara, Eropah dan Asia Tengah melalui kerjasama.
Selain itu, keempat-empat bandar itu akan menyelaraskan rancangan pembangunan dalam pembekalan minyak, gas asli dan tenaga elektrik demi membentuk sistem pembekalan tenaga yang selamat, bersih, berjimat dan efisien.