Cari:
Mesyuarat Peringkat Menteri Perubahan Iklim Ke-24 di Beijing
2017-04-12 13:57:25 CRI Cetak

Mesyuarat peringkat menteri ke-24 mengenai perubahan iklim yang membabitkan "empat negara asas", iaitu China, India, Brazil dan Afrika Selatan diadakan di Beijing pada 10 hingga 11 April lalu.

Menteri-menteri yang menghadiri mesyuarat itu bertukar-tukar pendapat tentang beberapa isu penting termasuk rundingan susulan Perjanjian Paris, usaha mengintensifkan tindakan menjelang 2020 dan kerjasama pragmatik antara pelbagai negara.

Kenyataan yang dikeluarkan selepas persidangan itu menyatakan bahawa empat negara berkenaan komited melaksanakan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang telah dicapai secara menyeluruh, berkesan dan konsisten, termasuk Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), Protokol Kyoto dan Perjanjian Paris.

Wakil khas China bagi isu perubahan iklim, Xie Zhenhua dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata, wakil-wakil dari empat negara asas telah mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai situasi antarabangsa dalam menangani perubahan iklim. Pendirian pelbagai negara dalam usaha menangani perubahan iklim tidak berubah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China