Kota Larangan atau dikenali sebagai Istana Kuno di Beijing akan menubuhkan pusat pemantauan warisan budaya dunia untuk menjalankan pemantauan terhadap kualiti persekitaran, perlindungan tinggalan sejarah dan budaya, dan tingkah laku pengunjung agar dapat menggerakkan pelan respons kecemasan dengan segera ketika berlaku situasi yang mengancam warisan budaya berkenaan.
Projek itu dijangka selesai pada Jun 2019.