Cari:
Draf Resolusi Senjata Kimia Syria Gagal Diluluskan
2017-04-13 11:22:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Draf resolusi berhubung isu senjata kimia Syria yang dikemukakan oleh Britain, AS dan Perancis gagal diluluskan selepas memperoleh 10 undi setuju, dua undi menentang dan 3 undi berkecuali, dalam pengundian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) semalam.

Rusia dan Bolivia membuang undi menentang, manakala China, Kazakhstan dan Ethiopia membuang undi berkecuali. Undi menentang Rusia yang merupakan anggota tetap UNSC menyebabkan draf berkenaan gagal diluluskan.

Draf resolusi itu menuntut siasatan terhadap serangan senjata kimia yang berlaku di wilayah Idleb pada 4 April lalu, di samping meminta kerajaan Syria mendedahkan butiran mengenai serangan tersebut.

Naib Wakil Tetap Rusia ke PBB, Vladimir Safronkov selepas pengundian itu berkata, draf berkenaan telah mengenal pasti pihak penyerang sebelum siasatan dijalankan. Semasa fasa perbincangan, pihak Rusia telah pun menyatakan bantahan terhadap hal ini . Namun, negara-negara Barat masih berdegil membawa draf berkenaan untuk pengundian.

Selain itu, operasi ketenteraan AS terhadap Syria membelakangi norma antarabangsa. Sekiranya draf tersebut diluluskan, operasi itu bakal dihalalkan.

Oleh yang demikian, Rusia menggesa supaya siasatan yang bebas dan adil dijalankan terhadap serangan senjata kimia di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China