Cari:
Penyerang Berani Mati di Alexandria, Mesir Dikenal Pasti
2017-04-13 12:20:53 CRI Cetak

Identiti penyerang berani mati yang melancarkan serangan di bandar Alexandria, utara Mesir, dikenal pasti sebagai Mahmoud Hassan Mubarak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Mesir, Mahmoud Hassan Mubarak yang dilahirkan pada tahun 1986 ialah staf sebuah syarikat petroleum dan mempunyai hubungan dengan sebuah kumpulan pelampau.

Namun, kenyataan itu tidak menyebut sama ada kumpulan penganas itu mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Serangan letupan bom yang berlaku di dua ge­reja di bandar Tanta dan Alexandria pada 9 April itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh, manakala lebih 100 lagi cedera.

IS mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China