Ekonomi China terus berkembang baik pada suku pertama tahun ini. Pembaharuan terhadap pelbagai sistem milik sedang dijalankan dengan teratur dalam bidang-bidang utama.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan China (NDRC), Yan Pengcheng semalam.
Tambah beliau, kerana masih ada banyak faktor dalaman dan luaran yang menyekat ekonomi China daripada berkembang dengan sihat, ditambah lagi isu ketidakseimbangan struktur masih kelihatan menonjol, maka kestabilan dan pemulihan ekonomi masih perlu diperhatikan.