Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) bakal diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 Mei nanti.
Antara lebih 1,200 hadirin yang mengesahkan kehadiran pada forum kemuncak tersebut termasuk lebih 20 orang pemimpin asing, lebih 50 wakil pertubuhan antarabangsa dan lebih 100 pegawai peringkat menteri dari pelbagai negara.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Antarabangsa, Akademi Sains Sosial China, Zhang Yunling berkata, inisiatif B&R telah beberapa kali menjadi topik perbincangan dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Inisiatif itu merupakan satu kaedah yang baik untuk menangani masalah ekonomi dunia. Itulah sebabnya begitu ramai pemimpin, pegawai kanan dan pakar bersedia menghadiri forum tersebut.
Kata beliau, China merupakan penyaran dan juga pendorong kepada inisiatif B&R. Inisiatif itu menyasarkan untuk mewujudkan kesalinghubungan antara benua Eurasia di darat dan laut, di samping meneroka kerjasama baharu berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi.
Inisiatif tersebut bukan sahaja menerajui pembangunan China, malah menyasarkan pembangunan bersama serantau.