Cari:
Pertemuan Tiga Pihak Bincang Isu Syria
2017-04-15 14:57:52 CRI Cetak

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan rakan sejawatnya dari Iran, Mohammad Javad Zarif serta Menteri Luar Syria, Walid Muallem mengadakan pertemuan di Moscow semalam. Mereka telah membincangkan operasi ketenteraan AS terhadap Syria, siasatan isu senjata kimia, rundingan damai Syria serta usaha sama membanteras keganasan.

Lavrov dalam sidang akhbar sesudah pertemuan tersebut berkata, ketiga-tiga menteri luar bersepakat bahawa serangan AS terhadap pangkalan tentera udara Syria pada 7 April lalu merupakan tindakan pencerobohan. Operasi tersebut telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB. AS dan sekutunya digesa menghormati kedaulatan Syria dan mengelakkan tindakan seperti itu berulang lagi.

Menurutnya, konflik di Syria perlu diselesaikan melalui saluran politik. Pihak berkuasa Syria perlu mengadakan rundingan inklusif dengan pelbagai puak pembangkang, di samping melaksanakan sepenuhnya resolusi 2254 Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Ketiga-tiga negara tersebut akan terus memperkasakan kerjasama untuk membanteras kumpulan pengganas di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China