Cari:
China, Rusia Bincang Isu Serantau dan Antarabangsa
2017-04-15 14:58:30 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan komunikasi strategik menerusi telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergei Lavrov malam tadi. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama termasuk isu Syria dan situasi di Semenanjung Korea.

Menurut Wang Yi, kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria perlu dihormati. Di samping itu, siasatan yang bebas, adil dan profesional terhadap isu senjata kimia di Syria perlu dilaksanakan dengan segera.

Berhubung dengan situasi semasa di Semenanjung Korea, Wang berkata, mencegah perang daripada berlaku di Semenanjung Korea sesuai dengan kepentingan bersama China dan Rusia.

Lavrov pula menyatakan, pihaknya bersedia mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan China berhubung kedua-dua isu tersebut.

Selain itu, kedua-dua negara bersetuju untuk terus meningkatkan kerjasama strategik dalam urusan serantau dan antarabangsa berdasarkan kesalingpercayaan strategik yang kukuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China