Cari:
AS, Korea Selatan Digesa Henti Penempatan THAAD
2017-04-15 14:59:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang semalam sekali lagi menggesa AS dan Korea Selatan segera menghentikan penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD), dengan menegaskan bahawa China akan mengambil langkah sewajarnya untuk mempertahankan kepentingan keselamatan negara dan keseimbangan strategik serantau.

Menurut beliau, penempatan sistem THAAD di Korea Selatan tidak membantu mewujudkan keadaan bebas nuklear di Semenanjung Korea, serta tidak bermanfaat bagi kedamaian dan kestabilan di semenanjung tersebut. Sebaliknya, tindakan tersebut akan menjejaskan dengan serius kepentingan keselamatan strategik negara-negara di rantau ini termasuk China serta keseimbangan strategik serantau.

Setelah AS dan Korea Selatan memutuskan untuk menempatkan sistem THAAD di Korea Selatan, situasi di Semenanjung Korea menjadi semakin meruncing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China