Cari:
China Bukan Negara Manipulasikan Kadar Pertukaran
2017-04-15 15:00:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menurut Laporan Ekonomi Dunia dan Dasar Kadar Pertukaran yang dikeluarkan Jabatan Perbendaharaan AS semalam, rakan perdagangan utama AS termasuk China tidak memanipulasikan kadar pertukaran untuk memperoleh kelebihan perdagangan yang tidak adil.

AS bagaimanapun akan terus menyenaraikan enam entiti ekonomi termasuk China, Jepun, Jerman dan Korea Selatan dalam senarai pemantauan dasar kadar pertukarannya.

Jabatan Perbendaharaan AS berpendapat, campur tangan China dalam pasaran pertukaran asing baru-baru ini bertujuan untuk menghalang penurunan merudum kadar pertukaran renminbi (RMB), yang mungkin akan membawa impak negatif kepada ekonomi AS, China dan global.

Jabatan Perbendaharaan AS akan terus memantau pelaksanaan dasar kadar pertukaran dan perdagangan China, khususnya lebihan pedagangan China dengan AS.

Kerajaan Trump tidak menyenaraikan China sebagai "negara memanipulasikan kadar pertukaran" selaras dengan jangkaan sejagat. Presiden AS, Donald Trump ketika diwawancara akhbar Wall Street Journal baru-baru ini dengan jelasnya menyatakan bahawa China bukan negara yang memanipulasikan kadar pertukaran. Beliau telah mengubah pendiriannya dalam isu tersebut semasa kempen pilihan raya.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China